Mungkin.. Satu Hari.. Kita Berjumpa Kembali.. If I”m the LUCKY One!..#

October 21st, 2008 by mdhairul77

Hai blog,

Arakian harap masih orang baca kot. rasa teringin nak tulis.Lama rasanya tidak tulis dalam blog kerana bz dengan hidup dan keluarga. Walaupun Hari Raya baru lepas, tetapi x semeriah dulu mungkin meriah untuk budak kecil yg dapat duit raya, mungkin definasi raya yang best dewasa bila ada duit dan shoping serta cuti raya yg lama bersama sanak sedara. Tahun ini pecah rekod raya 1 hari.Jap.. dari Pukul 5am Pagi raya sampai raya kedua pukul 10 mlm keja balik. issh raya tu .. aah ok lee sekurang dapat balik raya. dari orang yg pagi raya kena keja kan kan..

Bila dah berkeluarga kurang masa jumpa kawan. Maklum kebanyakan dah kahwin. semua bz hal memasing… Badan ni dah besar lepas raya ni lagi besar.

Hobi masa lapang.. download movie yg tak habis di tgk, hissh semenjak tahu konsep download torrent guna VPN. Apa itu torent ahaa baca ini –> TORRENT Dari Movie .. lagu.. EBook. Games.. dan lelain lagi.. macam ketagih lah..dah satu keja..Cakera keras x cukup buat aku rasa keras jee.. har Har.. dvd dah ada dalam 100++ backup. masa lak nak tgk bila ntah.

Kekadang teringin nak Jejak kawan lama.. dalam minggu lepas, Kawan lama masa keja di KLIA datang rumah. Dah Kemas dan brjaya,aku gak masih meniti suratan..tapi aku syukur ada gak family sendiri..Dan walau raya Dah lepas aku minta maaf kalau ada aku buat salah buat janji melayu, terlupa or tersakit hati buat yg hidup.. dan yg kenal..

Oklee.. nak GI KL jap..nanti ada masa saya tulis lagi.. Satu hari kita berjumpa kembali If I’m the lucky One.

I ‘ M The Lucky One

Ku persembahkan satu cita ku..
Setulus hati hanyalah untukmu
dan ku lakukan semampu aku tuk menyayangimu
hingga kau merasa jadi pujaan ku
meski bercinta kadang tak indah
tapi tuk buktikan kau yg terindah
dan kupastikan..i’m the lucky one..
nikmati cinta lebih dari segalanya….

jiwaku ini yg tak tersentuh
kini terasa sejak bersamammu
berikan hangat hinggaku x mampu berjauh drmu
kerna kau yg bisa buatku bahagia

meski bercinta kadang tak indah
tp tuk buktikan kau yg terindah
dan ku pastikan i’m the lucky one
nikmati cinta lebih dari segalanya

caramu membuatku x berdaya
hatiku pun ribut terjaga
kau ubah hidupku ini jadi sempurna

meski bercinta kadang tak indah
tp tuk buktikan kau yg terindah
dan ku pastikan i’m the lucky one
nikmati cinta lebih dari segalanya

Chantek… Hidupku dan masa depan..

May 4th, 2008 by mdhairul77

Hi Blog,
Rasa lama sudah kiranya saya tidak menulis tentang hidupku kini.. Mungkin berfikir diriku meluapakan segala kenangan dan perjuangan dahulu. Tai kini perjuanganku demi keluarga dan Masa depan yang lebih mencabar dan cemerlang.
Xcomm30_1

Bersyukur pagi ini..Setelah diberi peluang untuk bekeja di tempat baru ini, Walau dalam waktu shift mlm. Banyak yang ku pelajar. Rasa diri Ini tua, sedangkan dalam kelas mereka memanggil ku PAPA, mungkin sebab aku dah tua.Cuma x pandai seperti mereka. Ku takkan putus harapan. Selama 2 Minggu belajar bahasa inggeris America dan kehidupan mereka, Apa yang ku rasa sukar. dapat ku atasi. Selepas tu, 3 minggu kelas bahasa teknical produk. Hai… dan hari ini adalah hari yang ku rasa beban sementara terlangsai. Masakan tidak 3 minggu tika kelas teknikal.. hampir setiap selang 2 hari mesti ada ujian. masuk keja waktu awal pagi lak tu. Alhamdulillah dengan cekal dan doa serta sokongan keluarga ku berjaya. Ada masa ku teringat kawan lama dan kenangan. Yahooo.. semalam…. seronok dah lepas final exam. kalau masa sekolah dulu mahu gi bercuti.. Tapi.. hari ni .. tidur berapa jam lepas tu nak balik kg orang rumah lak.
Callctr_1

Cerita tentang kelas, Oklee.. seronok punya trainer yg kepala sporting tapi membantu. terasa Muda.. dan terasa tercabar diri ini masih kurang ilmu.. Tahun ini pada mulanya rasa amat bayak cabaran. Dengan impianku hendak belajr tidak kecapaian. dan cabaran keja dulu yang buat diriku undur Diri, Mungkin itu yang terbaik. Yang aku percaya setiap kejadian itu ada hikmah, kita harus redha dah berdoa yag terbaik untuk masa depan.

ApA Yang yag aku belajar, masih banyak yang perlu aku belajar sebagai call centre agent. Ahhh..kalau dulu.. kerja l2 engineer lagi mudah. takpe, ku terima sebagai cabaran. Dan.. tahun ini juga ku punya notebook baru.. heheheh.. dan kerja dekat dgn klcc. Cantik tu.. tiap kali bawa motor or kereta waktu malam i keja bestt jee rasa..

Begitupun ku rasa sedikit seperti belajar kembali, maklum kena study untuk test selang 2 hari or 1 hari. ok lee tu.Okle.. dan harap tahun ini dimurahkan rezeki..
Agent_frustration2

oklee sampai di sini jeelee..xde apa nak cakap dah.. heheh..all da best for me and sapa yang yakin boleh Hidup perlu Kjayaan and perjuangan.. success selalu.. :)

Last lagu ini Untuk isteriku.. Heheheh..

Couple_love

Chantek - Altimet Feat Adeep (Fabulous Cats)

Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Dia
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Oohhh chantekk
Sungguh aku cinta kamu

Aku
Melihat kita bersama di hari tua
Dia
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka di jiwa
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Perjalanan dan perjuangan itu buat ku Letih..

April 9th, 2008 by mdhairul77

Hi.. and Asalamualaikum,
Rasa dah lama x update blog. semenjak. berhenti keja di HP and mula keja baru. Banyak yang kena korbankan dan banyak keputusan dan impian yang masih tertunggak. sesungguhnya Teringin benar hendak menulis blog tapi masa amat cemburu akan kita. Nak buat camna, Keja shift. ni laa ni training 2 bulan tapi masuk kelas pukul 12 mlm. bestnyee x pening fikir pasal parking tapi keja di KL camni lee motor pun kena bayar parking.. hissh x puas hati.. kecik lak tu parking tapi bersyukur sekurang aku dapat berhijrah. Sedih tinggalkan keja lama tapi nak buat camna kita x pandai. Impian nak belajarbalik tahun ni nampaknye x dapat kot.. hissh alaaa masa nak online lak nak habis. esok ada test lagi.. aargh bangun petang nak study lak..oklee.. sampai disini..oklee.. cau.

oklee.. to be continuee..

mMy_dream

Petua untuk Berjaya - Belajar dari Kegagalan.

February 7th, 2008 by mdhairul77

"Jangan takut dengan kegagalan, penderitaan dan kesengsaraan. Selagi kita tidak berputus asa, maka kejayaan semakin menghampiri."

Kegagalan adalah satu proses pembelajaran yang sangat penting.
Setiap kali gagal kita dirangsang untuk berusaha lebih kuat dan semakin
hampir dengan kejayaan. Kejayaan dan kegagalan sentiasa silih berganti.
Hari ini kita gagal dan kecewa, esok kita mungkin berjaya dan gembira.

Kegagalan adalah permulaan kejayaan sekiranya kita tidak berputus
asa, kerana sejarah membuktikan kegagalan sebanyak tiga kali akan
berubah menjadi kejayaan.

Kita tidak gagal selagi tidak berputus asa. Melalui kegagalan, kita
dapat membuat pertimbangan mengenai kekuatan dan kelemahan diri.
Selepas itu, barulah kita menemui formula baru untuk meraih kejayaan.

Ramai orang yang kaya raya menjadikan penderitaan hidupnya sebagai
perantaraan untuk mengecapi kekayaan. Oleh itu jangan kita takut dengan
penderitaan dan kesengsaraan kerana ia memberi kekuatan dalam
kehidupan.

Pengalaman hidup gagal

Hidup adalah satu proses pembelajaran. Untuk gagal dua atau tiga
kali adalah lumrah. Gagal selama-lamanya adalah takdir. Apakah kita
terlalu tua untuk berjaya?

Mungkin tidak. Pengasas resipi KFC, Kolonel Sanders memulakan
perniagaan semasa berusia 60 tahun. Menerima bantuan RM380 daripada
Tabung Sosial, beliau menyedari perlu melakukan sesuatu.

Ketika mula memperkenalkan resipi ayam keluarganya, berapa banyak
pintukah yang perlu diketuknya sebelum mendapat pesanan pertama? Lebih
100 buah restoran menolak kerana tidak yakin dengan resipinya. Hari ini
anda dapat lihat restoran KFC di hadapan rumah anda.

Berapa ramai di antara kita yang berhenti selepas tiga percubaan, 10
percubaan, 100 percubaan, kemudiannya berhenti dan berkata, "Saya telah
mencuba sedaya upaya tetapi gagal."

Enggan mengalah adalah kuasa kejayaan. Sikap tidak berputus asa
menjadikan orang yang gigih berusaha dapat mencapai kejayaan. Contohnya
ialah tokoh-tokoh yang telah mencipta pelbagai peralatan moden yang
dapat kita gunakan pada hari ini.

Alexander Graham Bell telah mencipta telefon. Walaupun ramai orang
mentertawakannya, beliau tidak mempedulikan kritikan mereka. Akhirnya,
telefon telah melalui revolusi yang sangat besar dalam sejarah hidup
manusia.

Pada tahun 1956, Lars Magnus Ericsson memperkenalkan sistem telefon
bimbit automatik penuh yang pertama di dunia, sekali gus menjadikannya
sebagai penemuan terbaru yang merubah cara manusia berkomunikasi.

Dikenali sebagai Mobile Telephony A (MTA), beratnya adalah 40
kilogram dan dipasang dalam kenderaan. Pada tahun 1991, Ericsson
melancarkan sistem telefon bimbit moden yang dikenali sebagai Nordic
Mobile Telephony (NMT).

Kemudian GSM global diperkenalkan pada tahun 2001, standard
rangkaian 3G dilancarkan sebagai evolusi kepada GSM untuk menyediakan
perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang menyediakan kelajuan sehingga
3.6 megabit sesaat.

Henry Ford telah mencipta kereta tetapi terlupa untuk meletakkan
gear undur dalam kereta pertama yang dihasilkannya. Sebelum itu, beliau
telah papa ketika berusia 40 tahun.

Editorial New York Times pada 10 Disember 1903 telah
mempersoalkan keupayaan Wright Brothers mencipta kapal terbang. Mana
mungkin sebuah jentera yang lebih berat daripada udara mampu terbang.
Seminggu kemudian di Kitty Hawk, Wright Brothers tersenyum menaiki
penerbangan pertama mereka.

Thomas Alva Edison pernah bermimpi lampu yang boleh menyala dengan
menggunakan tenaga elektrik dan dengan usaha yang gigih, beliau
melakukan sesuatu yang dianggap mustahil. Latar belakangnya? Thomas
Edison seorang yang separa pekak dan hanya tiga bulan mempunyai
pendidikan formal.

Sentiasa dan terus mencuba

Seorang pemuda dari kampung ingin mencuba nasib di bandar raya besar
Tokyo, Jepun. Kelayakannya hanya sebagai buruh binaan untuk membuat
bangunan dan kerja-kerja yang berkaitan. Satu malam pemuda ini berfikir
panjang sambil meletakkan tangannya di atas dahi mengenangkan keadaan
hidupnya.

 



Pemuda ini memasang azam dan impian untuk menjadi orang besar suatu
hari nanti. Pagi dia bekerja, sementara pada waktu malam dia belajar
dari peringkat menengah hingga berjaya ke universiti dan memperoleh
ijazah yang diidamkannya.

Pemuda ini ingin melakukan sesuatu untuk negaranya. Lalu beliau
menceburi bidang politik sebagai ahli biasa sebuah parti. Usaha dan
setianya kepada parti telah menarik keyakinan ahli-ahli dalam parti
untuk memberi penuh keyakinan kepada beliau menjadi presiden mereka.

Dalam satu pilihan raya yang disertai, partinya telah menang tetapi
tidak dapat memerintah Jepun. Strategi seterusnya ialah mengumpulkan
seluruh keyakinan dirinya untuk berjumpa dengan ketua parti-parti kecil
dan meyakinkan mereka untuk bergabung. Usahanya berhasil. Akhirnya
pemuda ini menjadi Perdana Menteri Jepun. Pemuda yang dimaksudkan ialah
Kakuei Tanaka.

Pilih proaktif atau reaktif?

Anda juga boleh menjadikan impian hidup masa depan sebagai satu
kenyataan. Malah lebih mudah kerana manusia di sekitar anda lebih
bersifat terbuka dan sedia membantu. Tetapi anda harus memilih satu
antara dua : proaktif dan reaktif.

Tindakan proaktif biasanya disusuli dengan sikap positif iaitu
perasaan yakin boleh, sentiasa menilai dan membuat perbandingan
seperti, "Orang lain buat, kenapa aku tidak boleh?", sentiasa mencuba,
menerima idea baru dan berfikiran terbuka.

Tindakan reaktif banyak dipengaruhi oleh sikap dan pemikiran reaktif
seperti enggan menerima idea, selalu memberi alasan, takut kepada
cabaran dan tidak bersedia berkorban untuk berjaya.

Tidak ada sesiapa yang akan memberi tongkat sakti kepada anda kerana
sememangnya ia tidak pernah wujud. Dunia menghargai orang yang menjadi
pelaksana bukannya pemerhati, pemberi bukannya penerima.

Tanpa kerja keras dan keinginan untuk bangun kembali, tidak akan ada
kejayaan. Ketabahan, keyakinan, kesungguhan, keberanian dan tidak takut
gagal adalah resipi terbaik untuk anda kembali menyusun strategi dan
membuktikan kepada dunia bahawa anda seorang yang hebat. Mental anda
beribu-ribu kali ganda lebih hebat daripada fizikal anda. Oleh itu anda
harus ingat anda orang yang hebat.

Dipetik dari Kosmo -

Secebis cerita diriku.. Kini dan yang kulihat..

January 11th, 2008 by mdhairul77

My_boy_amir_hamzah

Hai blog,
Nampak gayanya mungkin tahun baru ini Diriku harus merubah dan berjuang untuk masa depan. Hai banyak yang perlu diperjuangkan.namun Satu perkara yang aku tak faham.Dalam Keterujaan mengejar sesuatu. Adakala kita melakukan sesuatu yang cuai.
Aku harap tahun ini aku dapat melanjutkan pelajaran memandangkan hampir 7 tahun Diriku tidak mengambil peluang untuk belajar kembali. Sesungguhnya ini antara azam diriku tahun baru. Tahun ini jua aku mempunyai keja yang agak kukuh walau penat dengan masa kerja shift. tapi Alhamudlillah rezeki siapa yang tahu. Keluarga makin berkembang. Cuma yang aku sedar kini aku makin mudah rasa letih dan cepat melenting. Banyak perancangan masa kini. Adakala rasa rindu untuk bertemu kembalik kawan dahulu masa Sekolah masa kerja lama. Tapi itu semua kenangan.
Kata_luqman

Penah sekali aku bermipi kembali masa zaman persekolahan rendah dan menegah. Ingat masa dulu diri digelar prof. Ramai kawanku merujuk padaku untuk belajar tapi mungkin sebab malas tak kemana akhirnya.

Mungkin tahun ni harap sangat untuk menyimpan duit,moga dapat miliki rumah sendiri. Rasa perjuangan ini masih jauh.

Tentang kesihatan ada rasanya aneh, manakan tidak sebelum kahwin ini, badan ini ok lagi dan tegap serta kemas. Tapi semenjak kahwin sudah mula naik berat badan. Ada orang kata bila kita kahwin kita rasa ceria dan senang Hati.
Jgn_berasa_lemah_1

Adakala rasa susah untuk menjadi ayah contoh bila adakala keluarga sendiri suka membandingkan dengan orang lain. Anak perempuanku kini tinggal bersama tapi rasa sukar benar untuk mendidik dia. Dia mengingatkan aku kembali masa zaman sekolah rendah. Aku lihat anakku ini mudah cepat putus asa, Sesungguhnya aku berharap dia berubah jadi seorang yang rajin. Kasihan melihat dia tidak dapat membaca walau dia berminat buku.

Isteriku pula seorang wanita yang elok,cuma adakala sifat curiga melemaskan diriku. Mungkin sejarah yang lepas buat dirinya curiga.

Tentang keja kini, ok. Aku bersyukur kerana diberi peluang bekeja dan berinteraksi dengan orang luar negara, Apa yang ku pelajari, bukan bangsa kita yang lemah dalam penguasaan bahasa inggeris.
Path_walking_1

Walau bulan depan umurku makin meningkat tapi hobiku pada permainan tv dan komputer masih tinggi. Ahaaa.. kalau aku dapat mengubah minatku pada buku, mungkin aku sudah berjaya.

Mungkin tahun ini ada kecemerlangan dan keajaiban, cuma kita manusia perlu berusaha. Sudah berbulan aku tidak menjejak tempat kerja lamaku. kenapa Kini aku tidak pergi.
Hikayat_amir_hamzah

Cerita tentang anak kecilku Mohd Amir Hamzah, kini baru ingin mula merangkak tapi adakala dia marah bila tidak larat untuk berlatih. hobi nyee kini suka melompat. Mungkin satu hari anak ku ini punya hobi yang sama seperti papa.

Oklee.. sampai di sini tulisan di pagi yang hening ini. Tiada yang menarik untuk diceritakan. Cuma Doa untuk tahun ini penuh dengar keceriaan, Kecemerlangan dan dimurahkan Rezeki.

Wasalam… :)

Pengorbanan dan Kenangan 2007 Dan Iltizam 2008.

December 19th, 2007 by mdhairul77

Hi blog,
Untuk pertama kali dalam hidupKU kali ini..Aku beraya haji di ofis. entah le nak minta cuti dah kritikal. sampai bila yee rasa kukuh dan berpijak di bumi yg nyata. Masih adakala terkenang cerita kenangan silam tapi apa faedahnya. Hai bulan depan Nurina tggal denganKU. Andai_ku_tahu
Ramai orang cakap anakku sorang ni macam perangai papanya. Mudah sensitif, Keras kepala.. Manja.. Cuma fizikal je x sama. lebih pada Mama.. dia.. Wife aku kena tabah jadi Ibu tiri buat Nurina. but she’s still her favourite stepmother.. hehehe sapa kata Mak tiri jahat. Bapak tiri pun ok what zaman skarang. Anak aku yang kecil lak Amir Hamzah.. buat aku tersenyum. satu perangai dia yg tak boleh aku lupa kecik dah berdengkur. cam ayah dia. muka susah nak senyum.. tapi kalau senyum.. manis sekali.. heheh.. seronok dilambung ke udara.. biasa lee baby. Hai bersyukur. tahun 2007 akan ditinggalkan. aku harap dapat blajar kembali. walau orang cakap pengalaman itu dah cukup.. tapi masih rasa kabur bila orang tanya lelebih. Ya Allah berikanku kekuatan.. Ahaa.. cete orang rumah aku lak.. kelakar.. suka cemburu tah apa tah.. Babygown
mungkin sebab dulu Abang sayang dia memang nakal n mencurigakan.. Nak buat camna.. ramai orang nak berkenalan dan berkawan.. sekarang x cam dulu.. yelee keja sekejap siang sekejap malam.  Sekarang realiti diriku.. Aku bersyukur tapi masih ada cemburu. Rasa diri masih kurang dan harus berusaha untuk Sebuah Masa depan yang Gemilang Cemerlang dan Terbilang.. Heehehehe.. pe dee aku ngarut ni.. Wahai Isteriku.. percayalah abang x nakal macam dulu. Abang dah penat cuma bila ada kala kenangan tu datang rasa makan dalam gak lee, tapi Abang masih sayang dan kenang pengorbanan Sayang.. ok .. hehe jangan cemburu nanti abang lagi sakat.. Kekadang aku doakan anak aku lelaki ini. "Amir Hamzah " menjadi seorang pemimpin dan insan yang berilmu. Moga Papanya dan berbangga. begitu jua Nurina Safiya. Walau betapa genting dan jauh. Ingatlah papa akan sentiasa ada di masa senang dan susahMu. Papa X pandai..opss bukan x pandai tapi malas, dah banyak peluang dapat tapi tak guna sepenuhnya. Papa dah siakan banyak masa.Harap anak papa berdua ni
dapat merubah generasi yang akan datang. Sesungguhnya tahun yang mendatang akan penuh dengan dugaan dan perlu berusaha gigih.. Keluargaku… mereka ini yang menyokong aku walau selalu menderhaka. entah lee.. adikKu.. heheh adik hensom aku.. sorry lee abang marah hari ni.. ntah lee xde mood. penat. Dah lee tak leeh raya esok waa.. balik pagi ni sure penat bagak. Path_walking

Suka sangat bila cuaca hujan rasa nak tidur.. makan tidur.. hai makin bulat lee papa macam ni.. Harap pagi nanti sempat le pergi sembahyang Sunat..

Oh Tuhanku.. berikanKu peluang untuk aku merubah keadaanKu dengan lebih baik dan sempurna, dengan rasa keinsafan dan bersyukur.
jauhkan aku dari sifat Amarah, Dengki, Leka dan tenangkan Jiwaku ini..
Jgn_berasa_lemah
berikan ku kekuatan Sesungguhnya hati ini KepunyaanMu, Serta jasad Ini Hanya pinjaman.

Andai Ku tahu.. YA Allah.. Ku takut untuk melangkah masa hadapan….

** Andai Ku Tahu **

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
kapan tiba massaku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku

reff
"aku takut
akan semua dosa2 ku
aku takut
dosa yg terus membayangiku"

mungkin tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

ampuni aku
dari segala dosa2 ku
ampuni aku
menagis minta tobat PadaMu

aku manusia
yg takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

<<Dengar Lagu ini>>

Dimanakah Senyuman itu.. Utuk hari Ini..

December 13th, 2007 by mdhairul77

 Dimanakah Senyuman itu.. Untuk hari Ini..

Hai.. penat rasa hari ni, tak sabar nak balik sabar jee bebanyak,Mengantuk…dah lama tak tulis blog, takde apa yang menarik cuma dugaan dan cabaran. Hari ni saya ingin bercerita tentang senyum. Senyum tu bawa rezeki kata mereka tapi ada kala bila kita senyum sesorang ada orang cakap x siuman. Peduli, sapa yang tahu apa yang di hati dan minda ..kan hehehe.Mygirl_smile
Adakah anda masih mampu tersenyum setelah menghadapi segala dugaan dan cabaran, Hiro_nakamura_smile_small_1
Yakin boleh dan teruskan dengan Senyuman. Kanku tabahkan hadapi segalanya namunku beryukur atas ketentuannya.. dan diriku masih boleh tersenyum bila kenangkan pada nikmat. Sesungguhnya apabila kita tersenyum kita akan menceria diri kita orang sekeliling dan itu adalah ubat untuk jiwa yang sedih. dan mereka melihat kita dengan Tabah. Cuma tuhan yang tahun apa itu senyuman.. DanKu hadapi segalanya dengan Senyuman.. Buatku.. buat diriMu.. Buat Insan Yang masih percaya ada sinar dalam hidup dan senyum itu penyembuh segalanya.. :)…

Hadapi Dengan Senyuman - :) Smile_my_small

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi


Biar terjadi


Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

 Camilynn_smile
*–*

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang…

So sapa nak komen tentang cerita senyuman.. jangan malu pos pada saya yee.. dan Kenangan yang buat kawanku dan dirimu Senyum Puas.. Heheheheh.. :)

For Every Life is Purpose..

December 1st, 2007 by mdhairul77

For Every Life is Purpose..

Everything has a purpose..
Carentan_01

For each moment that passes by.

For any events that takes place.

For anything that is created.

Everything has a purpose..

If only man reflect on the purpose of life..

will he ever waste a single second of it without purpose?

And yet, each moment has a purpose.
It is man who has failed to realize.

To utilize every breath he takes. Full filing his very purpose of living.

cheem.. what am i talking about?? The purpose of this all about
Einstein_quote_small
Everything must have purpose or Anything is relate with each event.

That is the formula..

For PAST….. Present.. Future.. +++++

Einstein_formula

What saves a MAN is to take a step.  Then another step.  It

is always the same step, but you have to take it.

Untuk pertama Kali Dan rasa yang Luluh ini..

November 22nd, 2007 by mdhairul77

Hai Blog..

Rasa hari ni kerja amat mencabar.. angin pun ada sedih bila orang cakap kita lembab, mungkin aa lembab.. pee deee esok saya berazam untuk perbaiki hidup ini dengan kerja yg kemas. kejap lagi shift keja nak habis. nak balik tidur. tapi tak boleh lama maklum le hari ni kan hari Jumaat. Ada tak pergi solat Jumaat. Hai.. Badan dah berlengas.. dah lama tak berjalan sangat dah balik penat jeee..
Harini bila dengar lagu Samson yang baru ni layan gak lee.. lantak lee ada jiwang gak lagu ni.. tapi nak buat camna..

Samsons_luluh

LULUH… Samsons

Saat terindah saat bersamamu
Begitu lelapnya aku pun terbuai
Sebenarnya aku tlah berharap
Ku kan memiliki dirimu selamanya

Segenap hatiku luluh lantak
Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
Sungguh ku tak mampu
Tuk meredam kepedihan hatiku
Untuk merelakan kepergianmu

Ingin kuyakini cinta ta kan berakhir
Namun takdir menuliskan kita harus berakhir

Segenap hatiku luluh lantak
Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
Sungguh ku tak mampu tuk meredam kepedihan hatiku
Untuk merelakan kepergianmuRainy_glass_face_small

Ohh…ohh…
Ku tak sanggup merelakanmu..
Ohh…ohh…ohh..
Segenap hatiku luluh lantak
Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
Sungguh ku tak mampu
Tuk meredam kepedihan hatiku
untuk merelakan kepergianmu

Dan lagu ini.. Penuh rasa sendiri dan rasa diri.. Kita bisa saling menyayangi dan mencoba.. :)…
Krispatih

Kerispatih - Untuk Pertama Kali

November 6, 2007 at 10:21 am (Lirik)

Aku temukan lagi sebuah cinta
Di dalam aura hadirmu
Aku rasakan kelembutan hati
Di mimpi indah kasihmu

Kita bisa nikmati rasa ini
Walau segalanya jelas terlarang
Kita bisa saling menyayangi dan mencoba
Tak perduli keadaan ini

Dan untuk pertama kaliLips

Cintaku terbagi
Dan kuingin milikinya

Dan untuk pertama kali
Kusangkali janji
dan bahagia mencintainya

Merawat Luka yang terpendam rasanyaa..

November 15th, 2007 by mdhairul77

Hai.. rasanya dah lama saya tak tulis apa or cerita tentang blog kehidupan.. so long seems so many things happen.. and new things.Anyway Tukar shift lagi kerja ni jadikan keja masa kini adalah pada hari rabu - sabtu. Dah lama cuti rasa sedap. tapi banyak nak belajar lagi tentang kerja ni walau dah 6 Bulan ++, redha je lee nak bsing xde apa yang dapat. So live goes On.. Tering nak bawa motor virago.. if le ada duit lebih.. nak jadi biker.. x lama lagi annieversary.. Tak sangka dah 1 tahun, kekadang Az macam rajuk jee tapi entah lee hissh orang lelaki selalu lupa bab date ni.. cuma tahu dating hihihi.. harap sio dia x rajuk lagi.. oklee.. got to go.. nak membuta malam ni keja malam lagi.. hehehe..
For All da friends who know me please don’t kill me in your memory. Coz.. One day My Star will be shine again..

The best of life is coming..

Merawat Luka Yang terpendam
========================

Merawat luka yang terpendam
Kesannya masih berdarah
Hendak ku tangiskan tiada pedih
Yang telah terjadi padaku
Pasrah aku terima

* Kau hujankan penghinaan
Aku renjis kesabaran
Aku curah pertanyaan
Adakah bahagia nanti akan menyingkir hiba
Dalam ribut ada hina
Dalam tenang ada sabar
Dalam tangis sendirian
Berkemungkinankan bahagia nanti akan menyusur tiba

Bukan ku mengundang bencana
Juga tak ku menabur dosa
Tak dapat dinafi kebetulan
Dugaan menimpa diriku
Rela aku terima